Tuesday, April 28, 2020

RBT T1 : BAB 4 : Lakaran : ( 4.1.1 Peranan Lakaran Dalam Reka Bentuk )







Hi semua..nak tanya... Kalau kita nak cipta sesuatu produk , boleh ke kita terus buat produk tu tanpa buat apa2 lakaran? Penting ke lakaran? Cuba anda fikir....😮😮😲

Lakaran Piktorial 
= gambaran kasar objek sebenar yang dapat dilihat daripada pelbagai sudut. 
- Dalam bentuk 2D atau 3D

Definisi lakaran
 = Lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan mengunakan teknik lakaran bebas tanpa alat bantuan melukis seperti jangka lukis dan pembaris. 

AMARAN !!! LAKARAN TIDAK BOLEH GUNA PEMBARIS ATAU JANGKA LUKIS!!!

4.1.1 PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK

A.  Mempercepat pembangunan konsep
- Kaedah terbaik untuk meneroka konsep bagi menunjukkan gambaran idea pereka.
- Pereka menghasilkan lakaran di atas kertas.
- Kemudian lakaran dipindahkan ke komputer.



B.  Asas Komposisi Ilustrasi

Menunjukkan lakaran kasut dari beberapa sudut pandangan hadapan, belakang dan sisi. 

C. Medium Komunikasi Pelanggan

Gambar hiasan : Lakaran yang dibuat perlu dihantar kepada pelanggan untuk mendapatkan pertimbangan dan persetujuan.

Setelah lakaran dipersetujui oleh pelanggan, proses reka bentuk akan ke peringkat lakaran akhir. 

D. Eksplorasi Visual

Lakaran yang boleh digunakan bagi tujuan memperkembangkan lagi sesuatu reka bentuk kepada pelbagai pilihan untuk dipilih oleh pelanggan


E. Penyelesaian Perincian Visual

Lakaran free hand.

Lakaran Digital 

Lakaran diperincikan dengan penerangan tentang elemen , prinsip dan bahan yang digunakan pada lakaran bagi memudahkan proses pembangunan reka bentuk. 

JENIS-JENIS LAKARAN

1. Lakaran Peribadi atau Contengan

Lakaran tidak kemas dan tidak tersusun.

2. Lakaran Penerokaan
Lakaran lebih kemas. Dilakar untuk membuat perbandingan dengan produk sedia ada di pasaran. 

3. Lakaran teknikal 

 Menggambarkan lakaran ceraian , keratas rentas dan pelbagai sudut pandangan. 

4. Lakaran perkembangan idea
Lakaran yang menunjukkan kesemua lakaran objek bermula daripada idea pertama hingga objek terakhir.

5. Lakaran persembahan

Lakaran yang membantu pelanggan memahami konsep rekaan yang disampaikan oleh pereka.

6. Lakaran digital
Lakaran boleh dibuat dengan menggunakan gadget supaya hasil dan persembahan lebih menarik.



Wednesday, April 22, 2020

ASK T2 : BAB 3 : ( 3.1.2 : Perbezaan Antara Pemboleh Ubah dan Pemalar Dalam Segmen Kod )




Pemboleh ubah 
  • merupakan storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh aturcara.
  • pemboleh ubah digunakan untuk mewakili sesuatu data yang perlu digunakan berulang kali oleh aturcara yang dibangunkan.
  • pemboleh ubah yang diisytiharkan akan diberi satu label yang disebut pengecam yang sesuai dan disertakan dengan nilai.
  • pengecam sesuatu pemboleh ubah perlu dilabelkan dengan nama yang bersesuaian bagi membolehkan pengecam dapat dirujuk semula.
Pembentukan pemboleh ubah semasa diisytiharkan dalam segmen kod.

  • Pengecam nama digunakan sebagai pemboleh ubah yang diisytiharkan dan nilai yang diberi ialah Billie Eilish
  • Pengecam yang diberikan kepada pemboleh ubah boleh diubah apabila dalam kod arahan. 
Paling mudah nak faham camni laaa... macam kategori nak kenal seseorang penyanyi.... kategori data seperti nama, nombor IC, tarikh lahir, makanan kegemaran tu dikenali sebagai pengecam kepada pemboleh ubah apabila kita buat aturcara.  Manakala detail seperti Makcik Billie, 961010-10-1011 (ic makcik Billie laa..) ,  10 Oktober 1996,  suka makan Burger tu dikira sebagai nilai . Jadi semua kategori data dan details kategori data tu berada di bawah pemboleh ubah. Faham tak anak2 comel cikgu ? 😘😘

  • Dalam bahasa pengaturcaraan Python, pengisytiharan berlaku secara automatik apabila anda menetapkan nilai kepada pengecam suatu pemboleh ubah.

Syarat untuk membuat pengisytiharan pemboleh ubah adalah seperti berikut :
  1. Nama bagi pemboleh ubah hanya boleh mengandungi aksara (a hingga z atau A hingga Z) dan digit (0 hingga 9).
  2. Nama pemboleh ubah harus menggambarkan nilai yang dipegang oleh pemboleh ubah tersebut supaya kod-kod atur cara yang dibangunkan dapat difahamidengan mudah.
  3. Nama bagi pemboleh ubah tidak boleh dimulakan dengan nombor.
  4. Nama bagi pemboleh ubah tidak boleh ada ruang kosong.

Pengisytiharan pemboleh ubah dengan menggunakan bahasa perngaturcaraan Python.


Pemalar
  • Pemalar bertindak seakan-akan pemboleh ubah, iaitu pemalar menyimpan sesuatu nilai.
  • Perbezaan utama ialah nilai sesuatu pemalar tidak akan berubah menjadi nilai yang lain semasa pelaksanaan atur cara.
  • Biasanya, pemalar digunakan dalam pengaturcaraan yang melibatkan pengiraan Matematik
  • Contohnya Nilai Pi ( π ). 
Penggunaan Pemalar untuk mengira luas bulatan.





Bacaan tambahan . Boleh klik pada tajuk di bawah:

Wednesday, April 8, 2020

ASK T2 : BAB 3 : 3.1 - (3.1.1 Jenis Data Dalam Segmen Kod )

Menarikkan kalau gaya hidup kita dilengkapi dengan pelbagai jenis teknologi. Gaya hidup digital banyak membantu kita dalam melakukan aktiviti harian. Adakah kita betul-betul bersedia untuk menerapkan gaya hidup digital sepenuhnya? 

 
Pembayaran Maya di China.

Gaya hidup digital.

Jap....sebelum saya teruskan, jika baca blog ni guna handphone, klik pada gambar sekiranya ada gambar yang tak jelas perkataannya..


Dalam bab ini, kita akan belajar tentang Kod Arahan. 

Kod arahan ialah satu arahan yang ditulis dalam bahasa komputer untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugasan. Satu set kod arahan yang disebut segmen kod digunakan untuk membina satu atur cara bagi menyelesaikan masalah.

Bahasa komputer terdiri daripada bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh pengatur cara bagi menulis kod arahan. Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai penterjemah tersendiri. Semasa pelaksanaan atur cara, kod arahan akan menjalani pengalihan kepada bahasa mesin yang boleh difahami oleh komputer.


Terdapat 3 jenis perterjemah : 


3.1.1 JENIS DATA DALAM SEGMEN KOD

Jenis data digunakan semasa mengisytiharkan pemboleh ubah untuk membenarkan atur cara mengenal pasti kegunaan pemboleh ubah tersebut dan membolehkan pemboleh ubah tersebut disimpan dalam storan ingatan dengan berkesan. 
  • Contoh pemboleh ubah : 

         namaPenyanyi = str ( "Taeyang") 

str tu apa??? sabar..kita tengok kat bawah nanti ya...

Relaksss... jangan serius sangat.... 😝😝 Jom sambung lagi....


Pengelasan 3 jenis data : 


Apa yang penting...korang kena tahu beza jenis data dan kegunaannya sebab ni penting untuk kita buat atur cara nanti.  

Ok kita belajar lebih detail lagi tentang jenis data ni...😍😍😍

1. Interger (int)
- Merupakan nombor yang tidak mengandungi bahagian pecahan atau titik perpuluhan. Senang kata..nombor bulat laa... Interger ni boleh terdiri daripada nombor negatif, sifar atau nombor positif. 

- Dalam pengaturcaraan, interger selalu digunakan untuk penyelesaian masalah matematik yang tertentu. Contohnya pengiraan pada jadual kat bawah ni. 

Operator Matematik, simbol dan contoh


Di atas dalah contoh Kod Arahan Python yang menggunakan fungsi int . 

2. Double

- Sejenis data yang mewakili nombor.
- Perbezaan antara double dan interger ialah nombor yang diwakili oleh double mengandungi pecahan iaitu nombor yang ada titik perpuluhan. 
- Namun, dalam Python, tak support  jenis data double. Maka, jika guna Python, perlu ganti dengan jenis data float. Fungsi float ni sama je dengan double .. tetap digunakan untuk nombor yang ada titik perpuluhan. 

Kod arahan yang menggunakan Phyton untuk melakukan pengiraan mudah dengan jenis data float. 

- round ( ) tu fungsinya untuk round off kan hasil tambah kedua-dua nombor kat atas. 
- round (nom3, 2) : nom3 tu nak panggil semula hasil tambah yang dah diistytiharkan sebelumnya tu. Nombor 2 selepas nom3 tu, maksudnya 2 titik perpuluhan. Kalau nak 4 titik perpuluhan kena la letak nombor 4 selepas nom3. 

Jangan pening-pening tau..😅😅😅 baca santai2 je ok...Jom sambung lagi...

3. Char

- Merupakan jenis data yang digunakan untuk mewakili aksara. Char tu sebenarnya singkatan perkataan Character. 

- Dalam Python x boleh guna jenis data Char. Tapi digantikan dengan String.

- Aksara terdiri daripada huruf abjad, angka dan simbol yang berdasarkan dalam kod ASCII.

Pengelasan aksara berserta contoh.

4. String

- Merupakan satu perkataan yang dibina daripada aksara .
- String terdiri daripada satu urutan aksara yang berjujukan dan membentuk satu rentetan (string). 
Contoh :
               J + A + I + S + H + Y + A + M = JAISHYAM

Kod arahan Bahasa Pengaturcaraan Python yang menggunakan jenis data String.

- Dalam Python, jenis data string dapat digunakan bersama fungsi-fungsi Python yang  lain untuk memanipulasi nilai string mengikut keperluan dan tujuan aplikasi. 

Fungsi yang memanipulasi nilai string dan tujuannya. 

Lihat contoh kod arahan di bawah ni. 

a. Tanda [ ] atau [ : ]

-Arahan print(ayat[4]) merujuk kepada aksara kelima dalam string, iaitu aksara "m". Nombor tanda[ ] disebut nombor indeks.

-Arahan print(ayat [ 10:14 ] merujuk kepada aksara dalam lingkungan ke-10 hingga ke-14 dalam string iaitu "tang".

b. len ( )

- Menghitung bilangan aksara dalam string
- Ruang kosong juga dikira sebagai satu aksara

c. Simbol + , *

- Simbol "," menggabungkan 2 string dengan 1 ruang kosong
- Simbol "+" menggabungkan 2 string tanpa sebarang ruang kosong
- Simbol " * " mengulang string dengan bilangan yang dinyatakan iaitu 4 kali. Kalau a*5 maksudnya Hello tu akan ulang 5 kali. 

d. join ( )

- Fungsi join ( ) adalah untuk menambahkan aksara yang dinyatakan di antara setiap aksara dalam satu string.


5. Boolean 

- Jenis data boolean hanya mempunyai 2 nilai iaitu Benar dan Palsu
- 2 nilai ini juga digelar sebagai nilai logik
- Nilai logik boolean seringkali disebut 0 dan 1 iaitu 0 mewakili Palsu dan 1 mewakili Benar.
- Ungkapan Boolean ialah ungkapan perbandingan yang terdiri daripada operator perbandingan seperti >, >=, <, <=. 

lihat contoh perbandingan bagi segmen kod di bawah ini :

- 13 > 3 akan jadi TRUE
- 13 < 0 akan jadi FALSE
- Hasil output TRUE atau FALSE bergantung kepada nilai yang dibandingkan.

ok...tamat untuk  subtopik 3.1.1. Cikgu harap korang faham sedikit sebanyak. Jika x faham boleh contact saya. 😉😉😉


Nah..relax jap...

Tuesday, March 24, 2020

RBT T1 : Bab 3 Proses Reka Bentuk : 3.1 Projek Brief


3.1.1 DEFINISI PROJEK BRIEF

= Merupakan 1 proses perbincangan awal antara 2 pihak , iaitu pengurus projek dengan pelanggan

- Pereka bentuk juga perlu bersama-sama semasa sesi perbincangan supaya dapat menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran bebas atau contengan.

Contoh lakaran hasil daripada projek brief.

Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk yang ingin dihasilkan.

Jom tengok video kat bawah ni untuk menambahkan lagi kefahaman tentang projek brief.



3.1.2 CIRI-CIRI PROJEK BRIEF

Ciri-ciri projek brief

1. Tajuk Projek
- Merujuk kepada produk yang dihasilkan.
- Tajuk seharusnya spesifik dan bukan dinyatakan secara umum.
- Contoh : Kasut LED

2. Gambaran Keseluruhan Projek
- Gambaran keseluruhan projek terbahagi kepada 2 iaitu :
     a. pengurusan projek
     b. gambaran awal produk

3. Kriteria Produk
- Melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk yang akan diaplikasikan pada produk.
- Kriteria ini turut mengambil kira produk sedia ada dalam pasaran sebagai rujukan.

4. Perancangan Dalam Pengurusan Projek
- Perancangan dalam pengurusan projek merangkumi skop kerja, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan kumpulan.

-Kertas kerja dibuat terlebih dahulu untuk membuat perancangan masa, jadual kerja, kos pengeluaran dan pembentukan kumpulan kerja.

5. Analisis Kajian Reka Bentuk Produk dan Pasaran
- Analisis kajian mengandungi 2 perkara penting iaitu :
         a. kajian reka bentuk produk
       ** merujuk kepada perbandingan produk sedia ada dalam pasaran.

         b. kajian pasaran 
           ** kajian terhadap kehendak kumpulan sasaran produk dan persaingan sedia ada.

- Kajian dilakukan dengan membuat soal selidik atau pemerhatian.

6. Lakaran Idea
- Lakaran idea biasanya dibuat dalam bentuk visual yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan.

7. Penghasilan Mock-up atau model
- Selepas membuat lakaran idea dan telah dipersetujui oleh pelanggan, barulah mock-up atau model olokan dihasilkan .

- Model olokan tersebut boleh dihasilkan sama ada dalam bentuk model berfungsi sepenuhnya atau separa berfungsi.


3.1.3 PERANCANGAN PROJEK BRIEF

A. Senarai Semak Ciri Pertimbangan Utama

Pengurus projek perlu mengambil perhatian terhadap penyataan masalah yang terdapat dalam jadual senarai semak .

Senarai semak pernyataan masalah ciri-ciri pertimbangan utama.

B. Borang Projek Brief
Contoh Borang Projek Brief ( Rujuk buku teks muka surat 54 untuk gambar yang lebih jelas)


3.1.4 MENYARING MAKLUMAT DALAM PROJEK BRIEF

Setelah borang projek brief lengkap, maklumat yang diperolehi perlu disaring untuk diringkaskan.

Contoh maklumat yang telah disaring daripada Borang Projek Brief.

3.1.5 APLIKASI PROJEK BRIEF DALAM BENTUK JADUAL DAN LAKARAN.

Proses seterusnya ialah mengaplikasikan semua data dalam bentuk jadual dan lakaran.  Lihat contoh jadual di bawah.

Contoh lakaran Bakul Serbaguna


3.1.6 PEMBINAAN MOCK-UP ATAU MODEL 


A. Mock-up



Contoh Mock-up Anugerah Kampung Boy

Jenis-jenis bahan untuk Menghasilkan mock-up : 


B. Model

Model terbahagi kepada dua iaitu :
- Model separa berfungsi / model blok
- Model berfungsi sepenuhnya.

Alatan dan Bahan untuk Cantuman Mock-up atau model


3.1.7 PENILAIAN HASIL MOCK-UP ATAU MODEL

Untuk mengukur tahap keberkesanan produk melalui :
1.Mematuhi kriteria projek brief
2.Memenuhi kehendak pelanggan
3.Ketepatan rupa bentuk