Hi semua..nak tanya... Kalau kita nak cipta sesuatu produk , boleh ke kita terus buat produk tu tanpa buat apa2 lakaran? Penting ke lakaran? Cuba anda fikir....😮😮😲
Lakaran Piktorial
= gambaran kasar objek sebenar yang dapat dilihat daripada pelbagai sudut.
- Dalam bentuk 2D atau 3D
Definisi lakaran
= Lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan mengunakan teknik lakaran bebas tanpa alat bantuan melukis seperti jangka lukis dan pembaris.
AMARAN !!! LAKARAN TIDAK BOLEH GUNA PEMBARIS ATAU JANGKA LUKIS!!!
4.1.1 PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
A. Mempercepat pembangunan konsep
- Kaedah terbaik untuk meneroka konsep bagi menunjukkan gambaran idea pereka.
- Pereka menghasilkan lakaran di atas kertas.
- Kemudian lakaran dipindahkan ke komputer.
B. Asas Komposisi Ilustrasi
Menunjukkan lakaran kasut dari beberapa sudut pandangan hadapan, belakang dan sisi.
C. Medium Komunikasi Pelanggan
Gambar hiasan : Lakaran yang dibuat perlu dihantar kepada pelanggan untuk mendapatkan pertimbangan dan persetujuan.
Setelah lakaran dipersetujui oleh pelanggan, proses reka bentuk akan ke peringkat lakaran akhir.
D. Eksplorasi Visual
Lakaran yang boleh digunakan bagi tujuan memperkembangkan lagi sesuatu reka bentuk kepada pelbagai pilihan untuk dipilih oleh pelanggan
E. Penyelesaian Perincian Visual
Lakaran free hand.
Lakaran Digital
Lakaran diperincikan dengan penerangan tentang elemen , prinsip dan bahan yang digunakan pada lakaran bagi memudahkan proses pembangunan reka bentuk.
JENIS-JENIS LAKARAN
1. Lakaran Peribadi atau Contengan
Lakaran tidak kemas dan tidak tersusun.
2. Lakaran Penerokaan
Lakaran lebih kemas. Dilakar untuk membuat perbandingan dengan produk sedia ada di pasaran.
3. Lakaran teknikal
Menggambarkan lakaran ceraian , keratas rentas dan pelbagai sudut pandangan.
4. Lakaran perkembangan idea
Lakaran yang menunjukkan kesemua lakaran objek bermula daripada idea pertama hingga objek terakhir.
5. Lakaran persembahan
Lakaran yang membantu pelanggan memahami konsep rekaan yang disampaikan oleh pereka.
6. Lakaran digital
Lakaran boleh dibuat dengan menggunakan gadget supaya hasil dan persembahan lebih menarik.
Apa jawapan alasan mengapa kita perlu membuangkan tahi tersebut kedalam mangkuk tersebut ?
ReplyDeleteSAYA SIAP KERJA PDPR CIKGU
ReplyDeleteApa jawapan alasan mengapa kita perlu menghasilkan lakaran dahulu sebelum membuat sesuatu produk?
ReplyDeletesya tk faham
DeleteApakah jawapan alasan mengapa kita perlu membuat lakaran sebelum membina projek?
ReplyDeleteHarap dibalas:>