Wednesday, April 22, 2020

ASK T2 : BAB 3 : ( 3.1.2 : Perbezaan Antara Pemboleh Ubah dan Pemalar Dalam Segmen Kod )




Pemboleh ubah 
  • merupakan storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh aturcara.
  • pemboleh ubah digunakan untuk mewakili sesuatu data yang perlu digunakan berulang kali oleh aturcara yang dibangunkan.
  • pemboleh ubah yang diisytiharkan akan diberi satu label yang disebut pengecam yang sesuai dan disertakan dengan nilai.
  • pengecam sesuatu pemboleh ubah perlu dilabelkan dengan nama yang bersesuaian bagi membolehkan pengecam dapat dirujuk semula.
Pembentukan pemboleh ubah semasa diisytiharkan dalam segmen kod.

  • Pengecam nama digunakan sebagai pemboleh ubah yang diisytiharkan dan nilai yang diberi ialah Billie Eilish
  • Pengecam yang diberikan kepada pemboleh ubah boleh diubah apabila dalam kod arahan. 
Paling mudah nak faham camni laaa... macam kategori nak kenal seseorang penyanyi.... kategori data seperti nama, nombor IC, tarikh lahir, makanan kegemaran tu dikenali sebagai pengecam kepada pemboleh ubah apabila kita buat aturcara.  Manakala detail seperti Makcik Billie, 961010-10-1011 (ic makcik Billie laa..) ,  10 Oktober 1996,  suka makan Burger tu dikira sebagai nilai . Jadi semua kategori data dan details kategori data tu berada di bawah pemboleh ubah. Faham tak anak2 comel cikgu ? 😘😘

  • Dalam bahasa pengaturcaraan Python, pengisytiharan berlaku secara automatik apabila anda menetapkan nilai kepada pengecam suatu pemboleh ubah.

Syarat untuk membuat pengisytiharan pemboleh ubah adalah seperti berikut :
  1. Nama bagi pemboleh ubah hanya boleh mengandungi aksara (a hingga z atau A hingga Z) dan digit (0 hingga 9).
  2. Nama pemboleh ubah harus menggambarkan nilai yang dipegang oleh pemboleh ubah tersebut supaya kod-kod atur cara yang dibangunkan dapat difahamidengan mudah.
  3. Nama bagi pemboleh ubah tidak boleh dimulakan dengan nombor.
  4. Nama bagi pemboleh ubah tidak boleh ada ruang kosong.

Pengisytiharan pemboleh ubah dengan menggunakan bahasa perngaturcaraan Python.


Pemalar
  • Pemalar bertindak seakan-akan pemboleh ubah, iaitu pemalar menyimpan sesuatu nilai.
  • Perbezaan utama ialah nilai sesuatu pemalar tidak akan berubah menjadi nilai yang lain semasa pelaksanaan atur cara.
  • Biasanya, pemalar digunakan dalam pengaturcaraan yang melibatkan pengiraan Matematik
  • Contohnya Nilai Pi ( π ). 
Penggunaan Pemalar untuk mengira luas bulatan.





Bacaan tambahan . Boleh klik pada tajuk di bawah:

1 comment: