Tuesday, March 24, 2020

RBT T1 : Bab 3 Proses Reka Bentuk : 3.1 Projek Brief


3.1.1 DEFINISI PROJEK BRIEF

= Merupakan 1 proses perbincangan awal antara 2 pihak , iaitu pengurus projek dengan pelanggan

- Pereka bentuk juga perlu bersama-sama semasa sesi perbincangan supaya dapat menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran bebas atau contengan.

Contoh lakaran hasil daripada projek brief.

Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan mengenai produk yang ingin dihasilkan.

Jom tengok video kat bawah ni untuk menambahkan lagi kefahaman tentang projek brief.



3.1.2 CIRI-CIRI PROJEK BRIEF

Ciri-ciri projek brief

1. Tajuk Projek
- Merujuk kepada produk yang dihasilkan.
- Tajuk seharusnya spesifik dan bukan dinyatakan secara umum.
- Contoh : Kasut LED

2. Gambaran Keseluruhan Projek
- Gambaran keseluruhan projek terbahagi kepada 2 iaitu :
     a. pengurusan projek
     b. gambaran awal produk

3. Kriteria Produk
- Melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk yang akan diaplikasikan pada produk.
- Kriteria ini turut mengambil kira produk sedia ada dalam pasaran sebagai rujukan.

4. Perancangan Dalam Pengurusan Projek
- Perancangan dalam pengurusan projek merangkumi skop kerja, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan kumpulan.

-Kertas kerja dibuat terlebih dahulu untuk membuat perancangan masa, jadual kerja, kos pengeluaran dan pembentukan kumpulan kerja.

5. Analisis Kajian Reka Bentuk Produk dan Pasaran
- Analisis kajian mengandungi 2 perkara penting iaitu :
         a. kajian reka bentuk produk
       ** merujuk kepada perbandingan produk sedia ada dalam pasaran.

         b. kajian pasaran 
           ** kajian terhadap kehendak kumpulan sasaran produk dan persaingan sedia ada.

- Kajian dilakukan dengan membuat soal selidik atau pemerhatian.

6. Lakaran Idea
- Lakaran idea biasanya dibuat dalam bentuk visual yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan.

7. Penghasilan Mock-up atau model
- Selepas membuat lakaran idea dan telah dipersetujui oleh pelanggan, barulah mock-up atau model olokan dihasilkan .

- Model olokan tersebut boleh dihasilkan sama ada dalam bentuk model berfungsi sepenuhnya atau separa berfungsi.


3.1.3 PERANCANGAN PROJEK BRIEF

A. Senarai Semak Ciri Pertimbangan Utama

Pengurus projek perlu mengambil perhatian terhadap penyataan masalah yang terdapat dalam jadual senarai semak .

Senarai semak pernyataan masalah ciri-ciri pertimbangan utama.

B. Borang Projek Brief
Contoh Borang Projek Brief ( Rujuk buku teks muka surat 54 untuk gambar yang lebih jelas)


3.1.4 MENYARING MAKLUMAT DALAM PROJEK BRIEF

Setelah borang projek brief lengkap, maklumat yang diperolehi perlu disaring untuk diringkaskan.

Contoh maklumat yang telah disaring daripada Borang Projek Brief.

3.1.5 APLIKASI PROJEK BRIEF DALAM BENTUK JADUAL DAN LAKARAN.

Proses seterusnya ialah mengaplikasikan semua data dalam bentuk jadual dan lakaran.  Lihat contoh jadual di bawah.

Contoh lakaran Bakul Serbaguna


3.1.6 PEMBINAAN MOCK-UP ATAU MODEL 


A. Mock-up



Contoh Mock-up Anugerah Kampung Boy

Jenis-jenis bahan untuk Menghasilkan mock-up : 


B. Model

Model terbahagi kepada dua iaitu :
- Model separa berfungsi / model blok
- Model berfungsi sepenuhnya.

Alatan dan Bahan untuk Cantuman Mock-up atau model


3.1.7 PENILAIAN HASIL MOCK-UP ATAU MODEL

Untuk mengukur tahap keberkesanan produk melalui :
1.Mematuhi kriteria projek brief
2.Memenuhi kehendak pelanggan
3.Ketepatan rupa bentuk

Monday, March 23, 2020

RBT T1 : Bab 2 : 2.1 Pengurusan Projek

2.1.1 PENGURUSAN PROJEK REKA BENTUK

Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek.
  • skop kerja
bidang kerja – skop produk ( kualiti, ciri-ciri, reka bentuk) & skop projek ( kepimpinan, pengurusan, bahan, maklumat, ruang & ahli kumpulan.
    • tempoh masa
    tempoh kerja
    • kos projek 
    peruntukan kewangan ( upah, bahan, peralatan, sewaan, insurans & perbelanjaan mengurus)

















    2.1.2 PENJANAAN IDEA REKA BENTUK UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

    Idea reka bentuk produk dapat dijana melalui langkah seperti berikut :
    • Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk.
    Tangan robot dan kaki palsu yang ditiru daripada anggota badan manusia.

    • Menterbalikkan fungsi sesuatu alat
    Botol ditukarkan menjadi bekas.

    • Menukar saiz objek

    • Menterbalikkan kedudukan 


    2.1.3 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PELAKSANAAN PROJEK

    Melibatkan langkah kerja untuk :

    • memperoleh peralatan
    • bahan
    • kemahiran
    Pasukan projek berperanan sebagai ahli utama dalam menjalankan ketiga-tiga peringkat pengurusan projek.

    Langkah Pengurusan Projek

    Organisasi projek perlu dibentuk dalam pengurusan pelaksanaan projek bagi memudahkan pelaksanaannya.

                                              Contoh Carta Organisasi Syarikat

    2.1.4 MERANGKA PERANCANGAN PROJEK

    A. Perancangan Projek

    Tugas Pengurus Projek
    • Penentuan Utama
    - Menetapkan tujuan projek dan objektif yang hendak dicapai
    • Penentuan Subutama
    - Perancangan yang lebih terperinci tentang sumber kewangan, tenaga pekerja, dokumen perjanjian, strategi pemasaran produk dan sebagainya.
    • Pengelolaan Aktiviti
    - Aktiviti yang terlibat dalam pembuatan/pembangunan produk/ atau perkhidmatan seperti penyediaan brief reka bentuk , penyediaan bahan dan konsep reka bentuk serta aliran wang tunai dilaksanakan.
    • Matris Organisasi atau Pasukan
    - Pasukan dibentuk untuk menjalankan tugas-tugas khas seperti kejuruteraan, kewangan, pemasaran dan sebagainya.


    B. Penjadualan


     Terdapat 2 kaedah penjadualan yang boleh dilaksanakan iaitu :

     i. Blok hubungan aktiviti melalui rangkaian




    ii. Carta Gantt atau Carta Bar




















    C. Pengawalan

    Tujuan peringkat pengawalan adalah supaya :

    • dilakukan secara optimum
    • siap dalam masa ditetapkan
    • sumber yang diperlukan dikenalpasti
    • perubahan jadual sekiranya berlaku perubahan / pembaharuan.

    2.1.5 ANALISIS PERANCANGAN PROJEK DAN JADUAL KERJA

    Garis panduan penjadualan projek adalah seperti berikut  :
    1. menentukan aktiviti jadual
    2. menyusun aktiviti mengikut keperluan
    3. menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti
    4. menganggarkan tempoh masa bagi sesuati aktiviti 
    5. membangunkan jadual
    6. menganggarkan kos dan menyediakan bajet


    2.1.6 PENYEDIAAN ANGGARAN KOS

    2 kaedah untuk menyediakan anggaran kos :

              a. Kaedah unit / kuantiti













              b. SMART (Specify, Measurable, Attainable, Realistic, dan Time Bound)






































































    2.1.7 PEMBENTUKAN KUMPULAN KERJA BERDASARKAN TUGAS DAN PERANAN

































                                             Contoh Struktur Pecahan Kerja (SPK)

    RBT T1:Bab 1 : 1.3 Invensi dan Inovasi Dalam Reka Bentuk

    1.3.1 DEFINISI INVENSI DAN INOVASI

    Definisi Invensi :
    Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud .


    Dua bersaudara Wilbur dan Orville Wright yang mencipta Pesawat pertama dipanggil "Flyer". 

    Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun 1876.

    Definisi Inovasi :
    Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.


    Inovasi terhadap radio yang dapat diakses melalui internet.

    1.3.2 APLIKASI PRINSIP INVENSI DAN INOVASI DALAM KERJAYA REKA BENTUK

    • Pertahanan
    Robot pengesan periuk api.

    Demo robot pemusnah bom.
    • Pendidikan 
    Antara peralatan pendidikan yang melibatkan invensi dan inovasi dalam reka bentuk ialah peralatan latihan amali, alatan sukan serta alat tayangan multimedia.
    Projektor

    Kamus Digital
    • Kesihatan
    Contoh peralatan dalam bidang kesihatan ialah peranti pengukur tekanan darah mudah alih, pelbagai jenis ubat-ubatan, peralatan pengukuran tahap kesihatan dan jam pengukur degupan jantung.

    • Pembuatan 
    Pada masa dahulu, untuk membuat sebuah model, pereka harus menghabiskan banyak masa untuk mengukur, mengerat, menggerudi, menyambung, melicin, dan mewarna. Namun apabila wujudnya pencetak 3D dan pen 3D, semua proses itu tidak perlu dibuat lagi. 

    Mesin Pencetak 3D

    Pen 3D

    • Teknologi Maklumat
    Sebelum ini, alat kawalan jauh memerlukan peranti yang mempunyai infra merah atau frekuensi radio tetapi dengan menggunakan telefon pintar, pelbagai tugas dapat dilakukan secara serentak melalui rangkaian internet.



    1.3.3 INVENSI DAN INOVASI DALAM  REKA BENTUK TERKINI

    Reka bentuk akan terus berkembang maju selagi manusia mempunyai kehendak dan citarasa berbeza. 


    • Telefon Pintar Pengesan  Gempa Bumi

    • Pengesan Ergo ( Ergo Sensor ) 





























    RBT T1: Bab 1 : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi


    Tujuan utama reka bentuk adalah untuk dijadikan asas dalam penghasilan produk sebenar yang bermanfaat untuk kehidupan manusia. Pengguna bebas memilih reka bentuk produk atau perkhidmatan mengikut cita rasa, kemampuan dan keinginan mereka .


    1.1.2 SENARAI KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
    • menyumbang kepada teknologi moden
    • menyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan perniagaan
    • memenuhi kehendak individu dan masyarakat
    • memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian
    • memupuk nilai invesi, inovasi dan kreatif
    • membuka laluan kerjaya dan pekerjaan


    1.2.2 PERANAN REKA BENTUK


    1.2.3 ETIKA DALAM REKA BENTUK

       A. Keaslian 
            - bukan plagiat/ tiru
       B. Jujur 
           - jujur menentukan harga/ tidak membebankan pengguna
       C. Bermanfaat 
          - produk beri manfaat kepada pengguna
       D. Mesra alam sekitar 
          - menggunakan sumber semula jadi / kitar semula
       E. Selamat digunakan
         - tidak ada kesan sampingan kepada pengguna

    1.2.3 KERJAYA DALAM BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

    Semua kerjaya amat berkait rapat dengan bidang reka bentuk dan teknologi.

    Berikut adalah contoh bidang yang melibatkan reka bentuk dan teknologi.

     




    RBT T1: Bab 1 : 1.1 Dunia Reka Bentuk

    1.1.1 DEFINISI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

    Definisi reka bentuk : 

    Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan. 


    Definisi teknologi :

    Pengajian dan pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematik bagi menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai sumber,alat,teknik dan sistem.

     Minyak petroleum diproses dan ditukarkan kepada petroleum jelly.

    Definisi reka bentuk & teknologi.

    Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik bagi memudahkan kehidupan manusia.

    Bidang Reka Bentuk dan Teknologi

    a. Konkrit : Dapat dilihat dan dipegang. 
        Contoh : produk, teknologi
    b. Abstrak : Dapat dilihat tetapi tidak dapat dipegang. 
        Contoh : perkhidmatan, komunikasi















    1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH.



    1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK.



    1.1.4 APLIKASI PRINSIP-PRINSIP REKA BENTUK DALAM MEREKA BENTUK OBJEK ASAS


    1.1.5 MEMBANDING BEZA PRINSIP DAN ELEMEN REKA BENTUK

    Ambil satu produk dan isi jadual di bawah untuk membuat perbandingan dan perbezaan elemen dan prinsip reka bentuk.

    1.1.6 KRITERIA REKA BENTUK YANG BAIK.


    1.1.7 MEMBINA OBJEK ASAS

    Merupakan salah satu cara awal untuk menzahirkan idea reka bentuk adalah melalui pembinaan objek asas. Melalui objek ini, elemen dan prinsip reka bentuk boleh diaplikasikan.

    Contoh gabungan beberapa bentuk asas geometri yang menghasilkan bentuk robot.

    TEKNIK PEMBINAAN OBJEK

    1. Pembenaman
     - Berlaku apabila sesuatu objek asas  dimasukkan ke dalam objek lain.

    2. Pembuangan 
     - Pembuangan dilakukan pada bahagian yang tidak dikehendaki dengan cara dikerat, ditebuk atau dicungkil keluar.
    3. Penyatuan
    - Mencantumkan dua atau lebih objek tanpa melibatkan pembuangan atau pembenaman. Biasanya dilakukan dengan menggunakan paku, skru. gam dan rivet.
    4. Peleraian
     - Objek asas dileraikan sehingga menjadi objek baru yang lebih ringkas.

    5. Pelipatan 
     - Kain atau kertas dilipat untuk membentuk sesuatu objek.