Wednesday, April 8, 2020

ASK T2 : BAB 3 : 3.1 - (3.1.1 Jenis Data Dalam Segmen Kod )

Menarikkan kalau gaya hidup kita dilengkapi dengan pelbagai jenis teknologi. Gaya hidup digital banyak membantu kita dalam melakukan aktiviti harian. Adakah kita betul-betul bersedia untuk menerapkan gaya hidup digital sepenuhnya? 

 
Pembayaran Maya di China.

Gaya hidup digital.

Jap....sebelum saya teruskan, jika baca blog ni guna handphone, klik pada gambar sekiranya ada gambar yang tak jelas perkataannya..


Dalam bab ini, kita akan belajar tentang Kod Arahan. 

Kod arahan ialah satu arahan yang ditulis dalam bahasa komputer untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugasan. Satu set kod arahan yang disebut segmen kod digunakan untuk membina satu atur cara bagi menyelesaikan masalah.

Bahasa komputer terdiri daripada bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh pengatur cara bagi menulis kod arahan. Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai penterjemah tersendiri. Semasa pelaksanaan atur cara, kod arahan akan menjalani pengalihan kepada bahasa mesin yang boleh difahami oleh komputer.


Terdapat 3 jenis perterjemah : 


3.1.1 JENIS DATA DALAM SEGMEN KOD

Jenis data digunakan semasa mengisytiharkan pemboleh ubah untuk membenarkan atur cara mengenal pasti kegunaan pemboleh ubah tersebut dan membolehkan pemboleh ubah tersebut disimpan dalam storan ingatan dengan berkesan. 
  • Contoh pemboleh ubah : 

         namaPenyanyi = str ( "Taeyang") 

str tu apa??? sabar..kita tengok kat bawah nanti ya...

Relaksss... jangan serius sangat.... 😝😝 Jom sambung lagi....


Pengelasan 3 jenis data : 


Apa yang penting...korang kena tahu beza jenis data dan kegunaannya sebab ni penting untuk kita buat atur cara nanti.  

Ok kita belajar lebih detail lagi tentang jenis data ni...😍😍😍

1. Interger (int)
- Merupakan nombor yang tidak mengandungi bahagian pecahan atau titik perpuluhan. Senang kata..nombor bulat laa... Interger ni boleh terdiri daripada nombor negatif, sifar atau nombor positif. 

- Dalam pengaturcaraan, interger selalu digunakan untuk penyelesaian masalah matematik yang tertentu. Contohnya pengiraan pada jadual kat bawah ni. 

Operator Matematik, simbol dan contoh


Di atas dalah contoh Kod Arahan Python yang menggunakan fungsi int . 

2. Double

- Sejenis data yang mewakili nombor.
- Perbezaan antara double dan interger ialah nombor yang diwakili oleh double mengandungi pecahan iaitu nombor yang ada titik perpuluhan. 
- Namun, dalam Python, tak support  jenis data double. Maka, jika guna Python, perlu ganti dengan jenis data float. Fungsi float ni sama je dengan double .. tetap digunakan untuk nombor yang ada titik perpuluhan. 

Kod arahan yang menggunakan Phyton untuk melakukan pengiraan mudah dengan jenis data float. 

- round ( ) tu fungsinya untuk round off kan hasil tambah kedua-dua nombor kat atas. 
- round (nom3, 2) : nom3 tu nak panggil semula hasil tambah yang dah diistytiharkan sebelumnya tu. Nombor 2 selepas nom3 tu, maksudnya 2 titik perpuluhan. Kalau nak 4 titik perpuluhan kena la letak nombor 4 selepas nom3. 

Jangan pening-pening tau..😅😅😅 baca santai2 je ok...Jom sambung lagi...

3. Char

- Merupakan jenis data yang digunakan untuk mewakili aksara. Char tu sebenarnya singkatan perkataan Character. 

- Dalam Python x boleh guna jenis data Char. Tapi digantikan dengan String.

- Aksara terdiri daripada huruf abjad, angka dan simbol yang berdasarkan dalam kod ASCII.

Pengelasan aksara berserta contoh.

4. String

- Merupakan satu perkataan yang dibina daripada aksara .
- String terdiri daripada satu urutan aksara yang berjujukan dan membentuk satu rentetan (string). 
Contoh :
               J + A + I + S + H + Y + A + M = JAISHYAM

Kod arahan Bahasa Pengaturcaraan Python yang menggunakan jenis data String.

- Dalam Python, jenis data string dapat digunakan bersama fungsi-fungsi Python yang  lain untuk memanipulasi nilai string mengikut keperluan dan tujuan aplikasi. 

Fungsi yang memanipulasi nilai string dan tujuannya. 

Lihat contoh kod arahan di bawah ni. 

a. Tanda [ ] atau [ : ]

-Arahan print(ayat[4]) merujuk kepada aksara kelima dalam string, iaitu aksara "m". Nombor tanda[ ] disebut nombor indeks.

-Arahan print(ayat [ 10:14 ] merujuk kepada aksara dalam lingkungan ke-10 hingga ke-14 dalam string iaitu "tang".

b. len ( )

- Menghitung bilangan aksara dalam string
- Ruang kosong juga dikira sebagai satu aksara

c. Simbol + , *

- Simbol "," menggabungkan 2 string dengan 1 ruang kosong
- Simbol "+" menggabungkan 2 string tanpa sebarang ruang kosong
- Simbol " * " mengulang string dengan bilangan yang dinyatakan iaitu 4 kali. Kalau a*5 maksudnya Hello tu akan ulang 5 kali. 

d. join ( )

- Fungsi join ( ) adalah untuk menambahkan aksara yang dinyatakan di antara setiap aksara dalam satu string.


5. Boolean 

- Jenis data boolean hanya mempunyai 2 nilai iaitu Benar dan Palsu
- 2 nilai ini juga digelar sebagai nilai logik
- Nilai logik boolean seringkali disebut 0 dan 1 iaitu 0 mewakili Palsu dan 1 mewakili Benar.
- Ungkapan Boolean ialah ungkapan perbandingan yang terdiri daripada operator perbandingan seperti >, >=, <, <=. 

lihat contoh perbandingan bagi segmen kod di bawah ini :

- 13 > 3 akan jadi TRUE
- 13 < 0 akan jadi FALSE
- Hasil output TRUE atau FALSE bergantung kepada nilai yang dibandingkan.

ok...tamat untuk  subtopik 3.1.1. Cikgu harap korang faham sedikit sebanyak. Jika x faham boleh contact saya. 😉😉😉


Nah..relax jap...

No comments:

Post a Comment