1.1.1 DEFINISI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Definisi reka bentuk :
Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.Definisi teknologi :
Pengajian dan pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematik bagi menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai sumber,alat,teknik dan sistem.
Minyak petroleum diproses dan ditukarkan kepada petroleum jelly.
Definisi reka bentuk & teknologi.
Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik bagi memudahkan kehidupan manusia.
Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
a. Konkrit : Dapat dilihat dan dipegang.
Contoh : produk, teknologi
b. Abstrak : Dapat dilihat tetapi tidak dapat dipegang.
Contoh : perkhidmatan, komunikasi
1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH.
1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK.
1.1.4 APLIKASI PRINSIP-PRINSIP REKA BENTUK DALAM MEREKA BENTUK OBJEK ASAS
1.1.5 MEMBANDING BEZA PRINSIP DAN ELEMEN REKA BENTUK
Ambil satu produk dan isi jadual di bawah untuk membuat perbandingan dan perbezaan elemen dan prinsip reka bentuk.
1.1.6 KRITERIA REKA BENTUK YANG BAIK.
1.1.7 MEMBINA OBJEK ASAS
Merupakan salah satu cara awal untuk menzahirkan idea reka bentuk adalah melalui pembinaan objek asas. Melalui objek ini, elemen dan prinsip reka bentuk boleh diaplikasikan.
Contoh gabungan beberapa bentuk asas geometri yang menghasilkan bentuk robot.
TEKNIK PEMBINAAN OBJEK
1. Pembenaman
- Berlaku apabila sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek lain.
2. Pembuangan
- Pembuangan dilakukan pada bahagian yang tidak dikehendaki dengan cara dikerat, ditebuk atau dicungkil keluar.
3. Penyatuan
- Mencantumkan dua atau lebih objek tanpa melibatkan pembuangan atau pembenaman. Biasanya dilakukan dengan menggunakan paku, skru. gam dan rivet.
4. Peleraian
- Objek asas dileraikan sehingga menjadi objek baru yang lebih ringkas.
5. Pelipatan
- Kain atau kertas dilipat untuk membentuk sesuatu objek.