Monday, March 23, 2020

RBT T1:Bab 1 : 1.3 Invensi dan Inovasi Dalam Reka Bentuk

1.3.1 DEFINISI INVENSI DAN INOVASI

Definisi Invensi :
Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud .


Dua bersaudara Wilbur dan Orville Wright yang mencipta Pesawat pertama dipanggil "Flyer". 

Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun 1876.

Definisi Inovasi :
Kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk/perkhidmatan yang lebih baik melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.


Inovasi terhadap radio yang dapat diakses melalui internet.

1.3.2 APLIKASI PRINSIP INVENSI DAN INOVASI DALAM KERJAYA REKA BENTUK

  • Pertahanan
Robot pengesan periuk api.

Demo robot pemusnah bom.
  • Pendidikan 
Antara peralatan pendidikan yang melibatkan invensi dan inovasi dalam reka bentuk ialah peralatan latihan amali, alatan sukan serta alat tayangan multimedia.
Projektor

Kamus Digital
  • Kesihatan
Contoh peralatan dalam bidang kesihatan ialah peranti pengukur tekanan darah mudah alih, pelbagai jenis ubat-ubatan, peralatan pengukuran tahap kesihatan dan jam pengukur degupan jantung.

  • Pembuatan 
Pada masa dahulu, untuk membuat sebuah model, pereka harus menghabiskan banyak masa untuk mengukur, mengerat, menggerudi, menyambung, melicin, dan mewarna. Namun apabila wujudnya pencetak 3D dan pen 3D, semua proses itu tidak perlu dibuat lagi. 

Mesin Pencetak 3D

Pen 3D

  • Teknologi Maklumat
Sebelum ini, alat kawalan jauh memerlukan peranti yang mempunyai infra merah atau frekuensi radio tetapi dengan menggunakan telefon pintar, pelbagai tugas dapat dilakukan secara serentak melalui rangkaian internet.



1.3.3 INVENSI DAN INOVASI DALAM  REKA BENTUK TERKINI

Reka bentuk akan terus berkembang maju selagi manusia mempunyai kehendak dan citarasa berbeza. 


  • Telefon Pintar Pengesan  Gempa Bumi

  • Pengesan Ergo ( Ergo Sensor ) 





























No comments:

Post a Comment